Sunday 5 May 2013

RIVER RANGER SMK LEMBAH KERAMAT

23 APRIL 2013

Tempat: SMK Taman Melawati


Kami tiba di sekolah SMK Taman Melawati pada jam 8:30 pagi.Program dimulakan dengan ucapan daripada VVIP yang hadir pada hari tersebut.Program diteruskan lagi dengan pembentangan modul-modul yang disediakan oleh fasilitator.Kami berkumpulan dengan adik-adik dari SK Klang Gate.

Pada sebelah petangnya,12 buah sekolah yang menyertai dibahagikan kepada dua buah kumpulan.Dimana,kumpulan pertama akan pergi ke tapak1 manakala,kumpulan kedua ke tapak 2 Sungai Klang.Segala kelengkapan seperti jaket keselamatan,sarung tangan,but dan alatan untuk kami menjalankan ujian kimia dan ujian fizikal telah pun disediakan.

Selepas menjalankan kajian,kami mendapati Sg Klang berada ditahap 3 dimana air nya masih selamat namun tidak boleh terus diminum dan harus dirawat dahulu.Kami juga mendapati ia berada di
PH:6 (bermaksud air sungai tersebut berasid)
Dissolved Oxygen (DO):4
Turbidity:0 JTU
Phosphate:1 ppm
Nitrate:5 ppm
Temperature:28'c










No comments:

Post a Comment