Sunday 5 May 2013

RIVER RANGER SMK LEMBAH KERAMAT (2)

24 APRIL 2013

Tempat: SK Klang Gate

Hari kedua kursus kami di SK Klang Gate.4 modul yang dibentangkan oleh En Azli tentang isu pepejal yang makin serius.
Kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan apabila kami melihat sendiri beberapa demonstrasi tentang cara-cara menguruskan pepejal.Antaranya ialah;
1)Demonstrasi membuat sabun dan lilin dari minyak terpakai.

2)Membuat jus sampah

3)Cara penyediaan baja kompos
Kaedah-kaedah ini mengajar kami bahawa terdapat banyak kaedah yang dapat dilakukan untuk mengurus sisa pepejal dan membantu dalam memelihara sungai kita.
Seterusnya,setiap sekolah diminta membuat blog dan membentangkanya sebelum pulang.
Kami juga telah diberi barang-barang keperluan untuk dibawa pulang supaya dapat menjalankan kajian yang seterusnya di sekolah kami.Kursus selama dua hari ini telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman juga membuka mata kami dalam memelihara dan mencintai sungai.Kami juga akan berkongsi pengalaman dan info-info  menarik yang diperoleh bersama rakan-rakan yang lain di sekolah.



RIVER RANGER SMK LEMBAH KERAMAT

23 APRIL 2013

Tempat: SMK Taman Melawati


Kami tiba di sekolah SMK Taman Melawati pada jam 8:30 pagi.Program dimulakan dengan ucapan daripada VVIP yang hadir pada hari tersebut.Program diteruskan lagi dengan pembentangan modul-modul yang disediakan oleh fasilitator.Kami berkumpulan dengan adik-adik dari SK Klang Gate.

Pada sebelah petangnya,12 buah sekolah yang menyertai dibahagikan kepada dua buah kumpulan.Dimana,kumpulan pertama akan pergi ke tapak1 manakala,kumpulan kedua ke tapak 2 Sungai Klang.Segala kelengkapan seperti jaket keselamatan,sarung tangan,but dan alatan untuk kami menjalankan ujian kimia dan ujian fizikal telah pun disediakan.

Selepas menjalankan kajian,kami mendapati Sg Klang berada ditahap 3 dimana air nya masih selamat namun tidak boleh terus diminum dan harus dirawat dahulu.Kami juga mendapati ia berada di
PH:6 (bermaksud air sungai tersebut berasid)
Dissolved Oxygen (DO):4
Turbidity:0 JTU
Phosphate:1 ppm
Nitrate:5 ppm
Temperature:28'c